Jawapan balas terhadap Lemahnya Abdullah dan Najib membantah Israel
1. Saya baru sahaja membaca penulisan anda 'Lemahnya Abdullah dan Najib membantah Israel'. Penulisan anda penuh dengan emosi. Mungkin itu gaya anda.
Terima kasih. Kebanyakan penulisan saya tidak beremosi. Tetapi, dalam kes kenyataan Najib dan Abdullah baru-baru ini, ia ternyata mengundang rasa amarah saya terhadap kelemahan kedua-dua pimpinan negara tersebut yang tersangat lemah.
Itulah puncanya kenapa saya marah. Dalam tulisan lain, saya masih mempertahankan hujah rasional saya.
###
2. Tapi bagi diri saya, penulisan sebegitu mungkin kurang membuka mata sesetengah masyarakat kerana terlalu banyak unsur 'hentaman' dan kurang significant. Maksud saya di sini adalah penulisan anda tentang pertahanan OIC dan lain-lain. Anda mengkritik mereka atas ketidakmampuan mereka dalam menguruskan hal itu.
Berhubung pandangan saudara/i tentang penulisan emosi kurang membuka mata orang-ramai, hal itu memerlukan kajian lanjut. Tiada kayu ukur setakat ini bagi membuktikan sama ada artikel-artikel manakah yang mampu memberikan kesan atau kurang membuka mata sesetengah masyarakat.
Lagipun, hal ini amat subjektif dan ia melibatkan tafsiran. Mungkin pada pandangan anda, penulisan emosi itu tidak akan membuka mata masyarakat. Mungkin ada pihak yang akan menganggap sebaliknya. Bagaimanapun, saya meraikan semua pandangan tersebut.
Berhubung pertahanan OIC ini (pasukan tentera pengaman), ini adalah syor Dato Ahmad Zahid Hamidi sendiri. Ternyata idea Ahmad Zahid dibakulsampahkan oleh Najib begitu saja padahal apa salahnya jika Najib berkata, "Tak apa.. kita akan cuba pertimbangkan kewajaran hal itu. Kita cuba berbincang sama ada sesuai atau tidak."
Ternyata Najib membuang begitu saja sedangkan rakyat Palestin hauskan pertolongan dan bantuan ketenteraan Islam. Dr Ahmad Atory Hussein menyifatkan kita tidak perlu lagi bergantung kepada kuasa-kuasa besar bukan Islam. Bermaksud, beliau hendak pasukan keselamatan yang datang daripada orang Islam sendiri.
Maka pandangan Ahmad Zahid sudah pun selari dengan maksud Dr Ahmad Atory Hussein. Tinggal lagi, kelemahan pemikiran Najib ini yang menyebabkan umat Islam semakin lemah dan tertindas. Najib masih lagi bertawakal kepada kuasa-kuasa besar, sedangkan dia pun tahu bahawa kuasa-kuasa besar bukan Islam itu tidak mahu atau tak berani bertindak.
Inilah antara sebabnya kenapa rakyat semakin beremosi di jalanan (berdemo) atau melalui penulisan.
###
3. Tetapi jika kita lihat kepada pertahanan Malaysia sendiri, setinggi manakah jihad dalam diri mereka. Di sini, adakah mereka betul-betul bersedia untuk dihantar ke Gaza? Tindakan tanpa perancangan tidak akan membuahkan hasil dan sudah tentu kita tidak mahu sesuatu yang sia-sia kerana perkara sia-sia itu dibenci Allah.
Soal setinggi mana jihad ketenteraan kita, hal itu saudara/i perlu tanya kepada Menteri Pertahanan Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Beliau bertanggungjawab sepenuhnya untuk membawa inti perubahan dan menanam benih semangat jihad dalam kalangan tentera-tentera kita. Cubalah saudara kirim surat kepada Menteri Pertahanan.
Soalan ini bukan sepatutnya saya jawab. Saya pun mahu bertanya Menteri Pertahanan juga berhubung soalan seperti ini.
Berhubung tindakan tanpa perancangan akan membuahkan sesuatu yang sia-sia, saya kurang jelas sedikit. Adakah anda maksudkan tentera kita mesti merancang betul-betul? Jika demikian, semuanya di atas tanggungjawab Abdullah juga. Kita boleh memberikan saranan kepada beliau. Tetapi, akhirnya beliaulah juga yang akan membuat keputusan sama ada mahu mengirim pasukan tentera ke Gaza atau tidak.
Abdullah boleh merancang kalau dia mahu. Tapi, masa yang berbaki dua bulan lagi untuk berdepan dengan Perhimpunan Agung Umno, beliau tentu kesuntukan waktu dan abaikan amanah Allah terhadapnya.
Di akhirat kelak, beliau tentu disoal tentang apakah yang dia rancang bagi menyelamatkan nyawa rakyat Palestin dengan kedudukannya sebagai Menteri Pertahanan?
Dengan kedudukan saya sebagai penulis, saya berusaha membangunkan kesedaran ini. Semoga semua ini menjadi bekalan di akhirat dan semoga amalan ini akan menjadi satu hujah bahawa setidak-tidaknya saya cuba berbuat sesuatu yang terdaya saya lakukan.
Kita akan berusaha, sama ada berkesan atau tidak, menang atau tidak, semuanya adalah ketentuan Tuhan. Saya akan terus menulis, berkesan atau tidak, terbangun kesedaran atau tidak, soalan itu Tuhan tidak akan bertanya, sebab KESAN tulisan ke atas hati-hati manusia itu adalah pekerjaan DIA sendiri.
DIA yang menggerakkan hati saudara/i untuk mengirim mel-e kepada saya. Kita berusaha dan kesannya adalah tertakluk kepada ruang lingkup dan bidang kuasa Tuhan. Janganlah kita ambil pusing dan runsing sangat sama ada berkesan atau tidak amalan kita itu. Sama ada orang bersetuju atau tidak dengan pandangan saya ini, inilah sekolah pemikiran, aliran dan mazhab penderahan tanwiri yang saya anuti selama ini.
Mazhab ini saya pegang sehingga saya sampai ke tahap ini.
###
4. Ketika membaca penulisan anda, saya tercari-cari point sebenar penulisan anda dimana bagi saya agak samar. Konklusi yang dapat saya buat di sini, penulisan anda lebih melihat kepada satu pihak.
Sila majukan beberapa perenggan yang saudara/i tidak faham itu. Saya akan usaha jawab untuk mengelakkan kekeliruan saya. Saya mesti bertanggungjawab di atas mana-mana kesilapan saya itu.
Apa maksud saudara/i bahawa penulisan itu cuma melihat kepada satu pihak? Mohon penjelasan.
###
5. Anda bagus kerana mampu menulis artikel berunsur kritikan tetapi mungkin lebih bagus jika kritikan itu hanya sekadarnya sahaja dan memperbanyakkan gaya penulisan yang mampu memberikan 'zuk' secara umum. Wallahua'lam..
Terima kasih. Saya cuma menulis mengikut apa yang terlintas di hati dan fikiran dengan sejujur-jujurnya. Kebaikan sesuatu penulisan itu pun suatu hal yang subjektif dan ia amat memerlukan tafsiran juga.
Mungkin saudara/i melihat penulisan itu bagus, tapi di pihak lain dan kacamata insan lain yang memiliki latarbelakang pendidikan yang berbeza, akan melihat sudut yang negatif pula. Terserah apa pandangan orang lain. Kami ini sentiasa melakukan yang terbaik, guna membangunkan fikrah orang-ramai dan bersedia pula membetulkannya.
Berhubung pandangan saudara/i, jika boleh kritikan itu cuma sekadarnya sahaja, maka hal itu sukar untuk saya laksanakan atas faktor-faktor tertentu. Tapi, ringkasnya begini saja.
Bagaimana orang macam saya boleh mengawal emosi dengan ucapan Paklah cuma dapat berkata, "Kita arahkan semua masjid bersolat hajat."
Saya akur pandangan Pak Lah itu baik. Tetapi, saudara/i pun boleh berkata demikian jika kita adalah imam masjid, pengetua di sesebuah sekolah menengah. Pendek kata, kalau kita adalah pimpinan bagi sesuatu organisasi, pertubuhan, ketua kampung atau penghulu, kita pun boleh menyarankan sedemikian.
Apakah yang boleh Abdullah lakukan, tetapi hal itu tidak boleh kita laksanakan. Itu yang menyebabkan orang seperti saya berasa kesal dengan Abdullah. Hal yang sama berlaku juga ke atas Najib. Kedua-duanya sama sahaja, lemah.
Kalau mereka kuat, nescaya umat Islam di Palestin tidak jadi sebegini. Pimpinan Arab itu tidak boleh lagi kita sandarkan keyakinan ke atas mereka. Islam dikuatkan oleh bangsa Melayu di Nusantara ini.
Singapore yang kecil pun boleh menang mengambil Pulau Batu Putih. Mereka kecil tetapi bertenaga. Brunei yang kecil, kaya, dan sepatutnya menyinga, tetapi entah kenapa hilang suaranya? Di rantau Asia Tenggara @ Nusantara, Allah s.w.t telah melantik bangsa Melayu sebagai bangsa yang memiliki kuasa politik untuk melindungi Islam.
Setelah bangsa Arab yang melindungi Islam selama ini kucar-kacir, Tuhan menyerahkan khilafah itu kepada segala bangsa. Yang terakhir adalah bangsa Turki melalui Daulah Uthmaniyyah. Khilafah itu akhirnya mengalir kepada bangsa Melayu setelah percubaan di China gagal, di India pun tewas.
Tapi, di Nusantara, bangsa Melayu masih Islam dan mereka diberikan kuasa politik oleh Tuhan untuk memelihara nasib orang Islam seluruhnya setelah bangsa Arab gagal. Tapi, bunga-bunga kegagalan ini telah ditunjukkan oleh Najib dan Abdullah.
Tak mustahil bukan, selepas ini Tuhan beri kepada bangsa lain pula? Ini suatu fenomena yang merungsingkan saya dan saya sentiasa berusaha keras untuk mencari jawapannya.
Jangan bimbang, saya tidak marah dan runsing terhadap teguran saudara. Saya masih lagi istiqamah dalam melontarkan api kemarahan menggunung kepada insan bernama Mohd Najib bin Abdul Razak dan Abdullah bin Ahmad Badawi bin Abdullah Pak Him.
Tulisan saya itu juga sulit dimengertikan dan sukar dicari 'poin', isi-isi pentingnya, nasihat saya kepada saudara/i dan para pembaca yang budiman - sila cetak dan baca berulang-kali ketika masa lengang seperti ketika masa 30 minit sebelum masuk tidur.
Mungkin itu dapat membantu tuan dan saya untuk sama-sama mencari kebenaran sejati.
Akhir kata sekali lagi, penulisan yang mempunyai 'zuk' (saya andaikan istilah itu ada kaitan dengan 'kesan'), semua itu bergantung kepada usaha kita menuai keikhlasan dariNya, dan hanya Dia yang boleh mengirim kesan zuk tersebut ke dada hati sidang pembaca.
Mungkin ada satu tulisan yang tidak berjaya meraih zuk ke atas hamba Allah bernama A, tapi penulisan yang sama berjaya menambat hati pembaca yang bernama B. Ini semua kerja Tuhan dan sekali lagi, ia banyak bergantung kepada tafsiran juga.
###
6. JZAK.kerana membaca.
Jazakallah juga kerana sudi mengirimkan mel-e.
###
7. GOLONGAN PENILAI
Golongan penulis sambilan sahaja yang sentiasa dahagakan perdebatan yang sihat serta haus pula dengan muzakarah yang membina, bukan membinasa. Sekali lagi, terima kasih.
Yang mukhlas
Fahri

0 Responses to “”