
“Apabila seseorang jeneral telah lama mendapat kesetiaan dan keyakinan daripada tenteranya ia boleh memerintah mereka membuat sebarang perkara yang rumit.”
[Sun Tze, Bab 9: Mobilisasi]
4:51 petang, 8 Ramadhan,
Salam tuan,
Baru tadi, saya menonton Buletin 1:30 petang di TV3. Di dalam laporan itu, ada rungutan orang ramai mengenai talian aduan kenaikan harga barangan runcit yang tidak berfungsi dengan baik. Saya fikir, mungkin pihak TV3 telah mendapat aduan orang ramai tentang hal itu, lalu mereka cuba mengesahkan samada aduan itu samada berasas atau pun tidak.
Lalu, mereka merakam perbualan telefon. Hanya suara mesin yang menjawab. Saya fikir mereka telah berulang-kali menelefonnya, tetapi kesan dan hasilnya tetap sama. Beberapa hari lalu, dalam satu temubual di tv, menteri yang bertanggungjawab mengawal kenaikan harga barang keperluan telah mengeluh mengenai sikap peniaga.
Katanya, ada peniaga yang mengetahui kedatangannya untuk membuat pemantauan, lalu mereka meletakkan tanda harga biasa sambil berkata, “Janganlah risau dato’, harga di sini terkawal.” Tapi, menteri itu berkata, setelah pihak penguatkuasa pergi, golongan peniaga terus menaikkan harga sebagaimana biasa.
Jadi, apabila berbual mengenai peperangan, selain soal memerangi pengedaran dadah dan amalan rasuah, saya fikir kita mesti memerangi sikap golongan peniaga yang menaikkan harga sesuka hati mereka. Perihal memerangi sikap tamak dan rakus golongan peniaga ini juga termasuk dalam dakwah kenabian.
Apabila merenung semula makna perang dan peperangan, saya fikir kita sebenarnya telah bersetuju bahawa tujuan dan maksud berperang melawan kejahatan itu berpunca daripada sikap orang suci yang tidak rela melihat orang lain tertindas.
Kenapa kita menentang penjajah? Ini kerana penjajah adalah penindas. Mereka punggah hasil mahsul khazanah negara, lalu ditimbunkan untuk kekayaan peribadi mereka. Dalam lipatan sejarah, bukankah kita pernah tersua dengan Syarikat Hindia Timur?
Mereka ini adalah kelompok pedagang dan peniaga yang akhirnya merompak kekayaan dan khazanah negara kita. Rakyat kita banyak tertipu dengan muslihat mereka. Golongan peniaga yang tidak jujur ini memiliki naluri yang sama apabila menipu para pembeli.
Bukankah penipuan itu membawa ke arah penindasan? Sebab itulah juga, saya fikir Allah s.w.t telah membangkitkan Nabi Syuaib untuk melawan penindasan dan penipuan mereka ini. Wallahu Ta’ala ‘Alam…
Kalau tidak silap ingatan saya, antara nabi yang diutuskan untuk memerangi sikap tamak haloba golongan peniaga ini ialah Nabi Syuaib a.s. Baginda diutuskan kepada suatu kaum yang suka mengurangi takar atau pun mengurangi timbangan serta sukatan tatkala urusan jual beli dijalankan. Oleh kerana hal ini termasuk dalam urusan dakwah, jadi kita perlulah memerangi sikap ini dengan serius juga.
Ah! Sudah pukul 5 petang. Ada Jejak Rasul. Saya berhenti sekejap ya tuan. Nanti bualan kita akan menumpukan kepada strategi mengganyang penindasan golongan peniaga yang suka menindas dan membuli pembeli.
5:40 petang …
Tuan,

Ada beberapa fakta yang sempat saya rakamkan tadi dalam dokumentari itu. Di Palestin, ada nama-nama tempat yang mesti diberikan tumpuan. Antaranya ialah, Tasik Galilea, al-Jismaniyyah, Nazareth, dan lain-lain nama tempat yang bersejarah.
Saya fikir, tentera kita kenalah meratah, mengunyah dan menghadam peta negara Palestin dan Israel ini. Sebab, nantinya tentera Islam akan mengepung negara ini daripada segenap penjuru apabila di akhir zaman nanti. Demikian menurut suatu hadis.
Tidak syak lagi zaman itu telah tiba-iaitulah zaman kita. Saya fikir, generasi hari ini bakal menyaksikan Israel jatuh ke tangan Muslimin. Oh, ya tuan. Antara lainnya ialah Mata Air Siti Mariam. Menurut Sun Tze, kita kena tahu di mana sumber-sumber air, kerana sumber air ini sangatlah penting dalam peperangan nanti.
Di samping itu ada biara tempat Siti Mariam berjumpa Ruhul Qudus, makam Nabi Daud. Ini semua adalah tempat sejarah. Antara adab tentera Islam ialah mereka tidak dibenarkan merosakkan tempat-tempat biara. Mungkin saya tambah sedikit, iaitu termasuklah tempat bersejarah yang bernilai ilmiah. Semua hal ini perlu direkodkan dalam jemala tentera.
Rupa-rupanya ada banyak benda yang perlu kita selidik. Ada biara kelahiran Nabi Isa a.s, yang didakwa sebagai lokasi kelahiran Isa a.s. Menurut kajian, tempat itu adalah di antara rumah ibadat tertua di Palestin.
Mereka turut menemui sebuah gua yang menyimpan kubur orang-orang soleh. Semua ini, saya fikir, adalah tempat-tempat penting dan strategik. Mana tahu jika kaum Yahudi akan bersembunyi di situ nanti. Saya fikir, kita kena melihat semua tempat yang ingin ditawan pada

Kalau tidak silap, jarak Nazareth adalah 25 km daripada Galilea. Nazareth adalah tempat di mana Nabi Isa a.s menghabiskan zaman kanak-kanaknya. Jesus of Nazareth, demikian panggilan dan gelarannya menurut scriptures. Kalau Kementerian Pertahanan ada geran penyelidikan untuk membuat laporan ke atas tempat-tempat strategik yang ingin diserang ini, beritahu saya. Insya Allah, nanti bolehlah saya buat kajian terperinci.
Saya dengar, sebelum Jepun menyerang Malaya, telah ada ratusan pengintip yang datang bertandang di beberapa buah perkampungan Melayu. Kalau tidak silap, dalam filem Left. Adnan ada digambarkan seorang pengintip Jepun berkawan dengan Ibrahim Yaakob.
Pengintip itu suka merendah diri. Dia menyamar sebagai seorang tukang pembaik basikal di kampungnya. Kadangkala dia memperbaiki basikal orang-orang kampung secara gratis hingga mereka mudah mesra dengannya. Dengan itu, lebih banyak maklumat yang dapat beliau kumpulkan untuk dihantar ke negaranya sebelum Jepun menyerang.
Dalam beberapa bulan, setelah Jepun berjaya menghimpunkan beberapa analisa kekuatan dan kelemahan di beberapa tempat di situ, barulah mereka datang menyerang. Dalam satu catatan lain yang saya sendiri lupa di mana saya membacanya, memang ada diceriterakan mengenai seorang pengintip Jepun yang dengan rela hati memberitahu rakan Melayunya, bahawa Jepun akan menyerang Malaya suatu masa nanti.
Rakan Melayu itu hanya tertawa dan tidak percaya. Jepun telah melaungkan slogan ‘Asia untuk Asia’, mustahil Jepun datang menjajah? Mungkin hal itulah yang bermain di dalam fikiran rakan Melayu Jepun pada ketika itu. Ertinya, Jepun memang sudah memasang niat dan angan-angan yang cukup lama dan panjang sebelum itu lagi.
Tuan,

Hingga kini, saya tidak tahu adakah tentera kita atau tentera-tentera negara Islam lain ada peta negara Israel dan Palestin. Maksud saya, bukanlah peta atlas seperti peta orang yang mahu melancong. Kalau peta itu, saya pun ada. Maksud saya, peta yang dilakar bertujuan untuk menyerang sesuatu tempat.
Ketika kita memerangi komunis dulu, tentera kita diperlihatkan dengan begitu semangat dalam mesyuarat ketika mengkaji tempat-tempat persembunyian komunis. Sebelum itu, mereka akan mengirim pasukan risikan bagi mengkaji kekuatan komunis di suatu tempat. Misalnya, berapa jumlah senjata komunis, berapa ramai anggota komunis dan lainnya.
Sun Tze meletakkan bahagian risikan di bab terakhir. Ini kerana, menurutnya, bab risikan inilah yang paling penting diamalkan dalam ketenteraan. Saya ingin bertanya, hingga kini adakah tentera pernah mengadakan seminar, wacana dan bengkel untuk mengkaji segala kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang di Israel itu?
Atau, kita hanya memikirkan bagaimana mahu menempatkan tentera kita sebagai tentera pengaman dalam krisis Israel – Lubnan baru-baru ini. Adakah kita hanya berfikir tentang bagaimana tentera pengaman Malaysia mahu mendapatkan kelulusan PBB dalam isu itu? Saya rasa, kita mesti berfikir lebih jauh daripada itu.
Kalau peta Israel itu masih belum tergambar dalam minda anggota tentera dan pimpinan tentera kita, ini alamat tidak baik. Malaysia adalah pengerusi OIC. Jika pemikiran seperti ini belum hadir di benak kita, saya fikir lambat lagi Israel itu mahu jatuh ke tangan kita. Apa yang mereka fikirkan saat ini?

Kita sekarang hanya berjuang berbekalkan semangat semata-mata. Umat Islam kita turun di jalan raya dan menjerit-jerit marah supaya Palestin itu dikembalikan. Apabila habisnya demonstrasi, mereka akan istirehat di kedai-kedai kopi sambil merokok dan bergebang bab politik dalam negeri pula adanya.
Mereka itu lebih gemarkan perbincangan hal pertikaian antara tuan dengan bekas Perdana Menteri sebelum ini. Bukan mereka berminat sangat pun dengan hal politik antarabangsa tadi. Bagaimana kita mahu menang jika tenaga fikiran tidak dikerahkan betul-betul? Dan, saya tinggalkan dua pertanyaan di bawah untuk tuan fikirkan semasak-masaknya …
Berapa ramaikah pengintip Malaysia yang membuat kerja-kerja pengintipan di Palestin – Israel saat ini?
Adakah kementerian yang berkaitan berhasrat menyediakan peruntukan kepada pasukan pengintip itu dalam tempoh terdekat setelah surat ini tuan baca?
Sekian dulu buat kali ini. Wassalam …
5:07 pagi, 10 Ramadhan.
Sekolah Pemikiran Kg. Baru,
Pasca-USM
--- TAMAT ---
Assalamualaikum tuan, saya seorg bekas pelajar MRSM. Pada saat saya habis membaca warkah tuan saya hendak bertanya beberapa soalan.
mungkin soalan ini agak kebudak-budakan kerana saya ini masih remaja.
1. Adakah tuan tahu keupayaan tentera israel?
2 Adakah tuan tahu israel mempunyai back-up tentera dari USA,Britain dll? bahkan israel digelar sebagai the 51st state of USA.
3. Jika tuan pasti apakah strategi yang boleh kita applikasikan untuk menyerang jeruslem?
4. Jika mereka menyerang balas adakah kita mampu bertahan? adakah kita mempunyai pertahanan yang boleh menghalang misil nuklear daripada meledakkan Kuala Lumpur?
->Saya faham kita berada di ambang akhir zaman, dan satu demi satu wahyu dari hadis dan alqur'an telah menjadi kenyataan, dah berlaku. Tapi memandangkan kekuatan tentera islam masa kini.. kekutan tentera kita..
slms...
pandangan saudara amat menarik...sy pn amat nnti2kn kdtgn tntera negara Islam ke tanah suci itu..
tntang membuat perisikan...sy jga ada mngumpulkan mklumat mngenai kupyaan prsenjataan israel..(sdikit sbnyk..) dan sy yakin skiranya mlysia ingin mnyerang kita boleh menang..cma prlukn sdikit persediaan..
apa2pn..idea ni sptutnya dilanjutkn ke Jeneral besar kita(mnteri pertahanan)..agar beliau tidak tidur2 lg..
slm..